Sabtu, 25 Februari 2017 | 1:47pm

Warga emas hilang ditemui lemas

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Arau mengeluarkan mayat yang tersangkut di celah pokok keladi air di sungai Kampung Che Ok, di sini, pagi tadi. - Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Arau mengeluarkan mayat yang tersangkut di celah pokok keladi air di sungai Kampung Che Ok, di sini, pagi tadi. - Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis

KANGAR: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak kelmarin ditemui lemas di sungai Kampung Che Ok di sini, pagi tadi.

Mayat Ismail Safar, 63 ditemui terapung oleh orang awam jam pada 9.15 pagi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis berkata, mayat mangsa ditemui di celah pokok keladi air.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.17 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau bergegas ke lokasi kejadian untuk membawa mayat naik ke darat.

"Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata mangsa yang tinggal di Tambun Tulang, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk ke Simpang Empat pada jam 9 pagi kelmarin.

"Kes masih disiasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Berita Harian X