X
Ahad, 26 Februari 2017 | 12:38pm

Lelaki curi kabel ditahan polis

SUSPEK dibawa ke balai polis Miri untuk siasatan lanjut.- Foto ihsan Polis
SUSPEK dibawa ke balai polis Miri untuk siasatan lanjut.- Foto ihsan Polis

MIRI: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki mencuri wayar kabel di sebuah rumah kediaman di Tudan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Khoo Leng Huat, berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Suspek memasuki sebuah kediaman di Jalan Kiambang dengan mengumpil pintu belakang dan mencuri kabel dalam rumah itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X