Selasa, 28 Februari 2017 | 2:22pm

10 sekolah diumum terbaik STPM 2016

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra dengan penerima anugerah sekolah terbaik dan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad (kiri). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra dengan penerima anugerah sekolah terbaik dan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad (kiri). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 sekolah diumum sebagai penerima Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 selepas mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart, Sibu, Sarawak; Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; SMK Sin Min, Sungai Petani, Kedah; SMK Puteri, Kota Bharu, Kelantan; SMK Agama Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan; SMK Dong, Raub, Pahang; SMJK Jit Sin (SKK), Bukit Mertajam, Pulau Pinang; SMK Bandar Tenggara, Kulai, Johor; SMJK Chung Hwa Confucian, Georgetown, Pulau Pinang; dan SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan.

Semua sekolah berkenaan menerima sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Terbaik dan Pelajar Terbaik STPM dan Malaysian University English Test (MUET) 2016, di sini, hari ini.

Seramai 14 calon terbaik STPM 2016 yang memperoleh PNGK 4.00 dipilih menerima Anugerah Pelajar Cemerlang, masing-masing tujuh calon dari bandar dan luar bandar.

Majlis Peperiksaan Malaysia turut memilih tiga calon istimewa yang memperoleh PNGK 3.50 ke atas dan seorang pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2016.

Tiga pelajar lagi dipilih sebagai pelajar terbaik MUET sesi Mac, Julai dan November 2016.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X