Rabu, 1 March 2017 | 12:20am

Naza TTDI sasar pendapatan RM1.4b

KUALA LUMPUR: Naza TTDI Group menyasar untuk meningkatkan pendapatan kepada RM1.4 bilion tahun ini, dipacu oleh bahagian pembangunan hartanah Naza TTDI dan cabang pembinaan Naza Engineering & Construction (Naza EC).

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, SM Faliq SM Nasimuddin, berkata Naza EC akan menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan perolehan berdasarkan kerja pembinaan besar yang dijangka diperoleh tahun ini.

"Naza EC akan membida projek infrastruktur, di seluruh negara yang dianggarkan bernilai RM2.1 bilion," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Naza TTDI akan melancarkan lima projek hartanah tahun ini di perbandaran TTDI Alam Impian di Shah Alam, perbandaran TTDI Grove di Kajang dan di Kwasa Damansara.

Semua projek itu akan terdiri daripada kediaman berkembar, pangsapuri, kondominium dan rumah bandar dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM793 juta.

BERNAMA

36 dibaca
Berita Harian X