Rabu, 1 March 2017 | 7:57pm
Asap hitam kelihatan di kawasan Likas kesan daripada kebakaran longgokan tayar di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, di Telipok, Kota Kinabalu petang tadi. - Foto ihsan Bomba
Asap hitam kelihatan di kawasan Likas kesan daripada kebakaran longgokan tayar di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, di Telipok, Kota Kinabalu petang tadi. - Foto ihsan Bomba
Asap hitam kelihatan di kawasan Likas kesan daripada kebakaran longgokan tayar di tapak pelupusan sampah Kayu Madang di Telipok. - Foto NSTP

Gelap bagaikan nak hujan, akibat kebakaran tayar terbuang


Asap hitam kelihatan di kawasan Likas kesan daripada kebakaran longgokan tayar di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, di Telipok, Kota Kinabalu petang tadi. - Foto ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Longgokan tayar terbuang di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, dekat sini, musnah terbakar, petang tadi.

Kebakaran itu menyebabkan kawasan sekitar Kota Kinabalu termasuk Likas, Inanam dan Menggatal, gelap seolah-olah bagaikan nak hujan petang tadi, akibat asap hitam susulan kejadian berkenaan.

Gambar asap hitam akibat kebakaran itu turut menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata asap hitam itu adalah susulan kebakaran longgokan tayar di tapak pelupusan sampah Kayu Madang.

"Bomba menerima panggilan daripada awam mengenai kejadian itu pada jam 3.41 petang. Sebanyak lima jentera bomba dari balai Kota Kinabalu dan Tuaran dengan seorang pegawai dan 26 anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

"Kebakaran itu membabitkan longgokan tayar di tapak pelupusan sampah berkenaan. Setakat jam 6.45 petang ini, operasi memadam api masih dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

227 dibaca
Berita Harian X