Jumaat, 3 March 2017 | 7:27pm

Polis KL cari lelaki bantu kes dadah

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes dadah, hari ini.

G Suresh Kumar, 33, mempunyai alamat terakhir di Blok 41-08-10, Flat Seri Perak, di sini.


Foto Ihsan PDRM

Justeru, Polis Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit supaya tampil membantu siasatan.

"Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Turus Risikan/Operasi/ Tahanan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Ahmad Dahuri Mohamed Isa di talian 03-21460522 (sambungan 708) atau 03-90516222 (sambungan 264).

"Maklumat juga boleh disalurkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke 32777 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X