Jumaat, 3 March 2017 | 8:43pm

PM temui pemimpin UMNO Sabah

DATUK Seri Najib Razak diiringi Datuk Seri Musa Aman ketika hadir pada perjumpaan tertutup dengan pemimpin UMNO Sabah di Kota Kinabalu, malam ini. - Foto Izhari Ariffin

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menghadiri perjumpaan tertutup dengan pemimpin UMNO Sabah di sini, malam ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO tiba di bangunan UMNO Sabah sebentar tadi diiringi Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin serta pemimpin UMNO negeri.

Petang tadi, Najib merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, Sandakan sebelum mengadakan tinjauan mesra di Harbour Square dan Jalan Pryer, di Sandakan.

Esok, beliau dijadual melancarkan projek Pan Borneo Sipitang di Pekan Sindumin, Sipitang sebelum melakukan tinjauan mesra di Tamu Putatan pada sebelah petang.

Berita Harian X