Ahad, 28 Disember 2014 | 10:31am

Ahmad Farhan juara Adik-Adikku

KETUA Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha (kanan) menyampaikan hadiah kepada Ahmad Farhan di Auditorium Perdana Angkasapuri RTM, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan
KETUA Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha (kanan) menyampaikan hadiah kepada Ahmad Farhan di Auditorium Perdana Angkasapuri RTM, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan

KUALA LUMPUR: Persembahan bertenaga peserta berasal dari Tuaran, Sabah, Ahmad Farhan Ansir, 11 dengan membawa lagu Daripada Kegelapan Kepada Cahaya melayakkannya sebagai juara program realiti Adik-Adikku musim kelima.

Ahmad Farhan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, pakej umrah, piala pusingan, piala iringan, al-Quran Digital dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Pasir Puteh, Kelantan, Naufal Syakirin Shaifullah, 10 yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM16,000.

Muhammad Hanafi Abu Hassan, 12 dari Kulaijaya, Johor menjadi pemenang tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Terima hadiah iringan, sijil

Sementara itu, peserta berasal dari Semporna, Sabah, Nu-rul Farhana Sambakong bersama-sama Nuruzzawanah Yamni Nurunajmi dari Jerteh, Terengganu yang masing-masing berusia 11 tahun menerima hadiah keempat dan kelima. Mereka membawa pulang wang tunai RM 5,000.

Semua pemenang turut menerima hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Pentas akhir Adik-Adikku ini disiarkan secara langsung di saluran TV1 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, kelmarin dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berita Harian X