Sabtu, 4 March 2017 | 12:53pm

Rumah panjang nyaris musnah terbakar

KEBAKARAN sebuah rumah papan di Bukit Jelatong. - Foto ihsan Bomba
KEBAKARAN sebuah rumah papan di Bukit Jelatong. - Foto ihsan Bomba

MIRI: Sebuah rumah panjang di Bukit Jelutong, Jalan Long Lama, utara Sarawak, milik 28 keluarga terselamat daripada musnah terbakar berpunca daripada api kebakaran merebak dari sebuah rumah dibina berhampiran kediaman mereka pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, tindakan pantas penduduk membantu memadamkan dan mengawal kebakaran itu, berbaloi apabila rumah panjang mereka terselamat daripada musnah terbakar.

RUMAH papan yang musnah terbakar pagi tadi.
RUMAH papan yang musnah terbakar pagi tadi.

"Namun, rumah papan yang terbakar milik sebuah keluarga yang didirikan beberapa meter dari rumah panjang itu gagal diselamatkan," katanya hari ini.

Beliau berkata, sebuah lori tangki milik jabatan itu turut dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu memadam kebakaran berkenaan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X