Ahad, 28 Disember 2014 | 12:25pm

AirAsia sahkan pesawat terputus hubungan

KUALA LUMPUR: AirAsia Indonesia mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura tidak dapat dihubungi pengawal trafik udara jam 7.24 pagi tadi.

Pada masa ini, pihaknya tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung status penumpang dan krew dalam penerbangan namun akan memberikan maklumat kepada semua pihak sebaik memperolehnya.

"Masa ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan AirAsia akan bekerjasama penuh dan memberi perkhidmatan yang diperlukan.

"Pihak kami juga sudah menubuhkan Pusat Panggilan Kecemasan bagi memudahkan keluarga dan rakan mangsa mendapat maklumat lanjut. Mereka boleh menghubungi talian +622129850801 atau melayari laman web AirAsia, www.airasia.com," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pegawai Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez, dalam Twitternya menyatakan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

"Terima kasih kepada semua ingatan dan doa. Kita mesti kekal tabah," katanya.

Berita Harian X