Ahad, 5 March 2017 | 12:17pm
Peserta membaca Al-Quran pada Majlis Khatam Al-Quran dan Selawat Perdana Malaysia Book of Records anjuran Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia di Masjid Mua adz bin Jabal, Setiawangsa. NSTP/SADDAM YUSOFF
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Majlis Khatam Al-Quran dan Selawat Perdana Malaysia Book of Records anjuran Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia di Masjid Mua adz bin Jabal, Setiawangsa. Turut bersama Pengerusi Persatuan Gerak Wanita Islam, Bibi Sunita Sakandar Khan (kanan). NSTP/SADDAM YUSOFF
Peserta membaca Al-Quran pada Majlis Khatam Al-Quran dan Selawat Perdana Malaysia Book of Records anjuran Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia di Masjid Mua adz bin Jabal, Setiawangsa. NSTP/SADDAM YUSOFF

Khatam al-Quran braille catat rekod terbesar penyertaan

KUALA LUMPUR: Majlis Khatam al-Quran dan Selawat Perdana di Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa di sini, mencatat rekod penyertaan berkhatam al-Quran braille terbesar sekali gus tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Wakil MBOR, Nurasyikin Ramli menyampaikan rekod itu kepada penaung program yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.


Wartawan Kanan Penyelidikan Malaysia Book of Records, Nurasyikin Ramli (tiga dari kiri) menyerahkan sijil Malaysia Book of Records kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari (tengah) pada Majlis Khatam Al-Quran dan Selawat Perdana Malaysia Book of Records anjuran Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia di Masjid Mua adz bin Jabal, Setiawangsa. Turut bersama, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Parlimen Malaysia, Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad (tiga dari kanan) dan Pengerusi Persatuan Gerak Wanita Islam, Bibi Sunita Sakandar Khan (kanan). NSTP/SADDAM YUSOFF

Majlis Khatam al-Quran dan Selawat Perdana itu dianjurkan Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS) dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Seramai 2,500 peserta termasuk 500 orang cacat penglihatan terbabit dengan program itu.

Majlis penutup program itu disempurnakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

85 dibaca
Berita Harian X