Isnin, 6 March 2017 | 7:52pm

Pyongyang pula usir Duta Besar Malaysia


KOREA Utara isytihar Duta Besar Malaysia sebagai persona non grata dan perlu keluar dalam tempoh 48 jam mulai jam 10 pagi (waktu tempatan) Ahad ini, kata agensi berita KCNA, hari ini. - Foto Civitas Politics

SEOUL: Korea Utara isytihar Duta Besar Malaysia sebagai persona non grata dan perlu keluar dalam tempoh 48 jam mulai jam 10 pagi (waktu tempatan) Ahad, menurut agensi berita KCNA, hari ini.

Laporan disiarkan ketika Duta Korea Utara ke Malaysia diusir berikutan perbalahan diplomatik berhubung siasatan pembunuhan abang kepada pemimpin rejim itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Beliau menaiki penerbangan pulang menerusi Beijing. - Reuters

125 dibaca
Berita Harian X