Rabu, 8 March 2017 | 1:21pm

Pusat MyBIM beroperasi Mei

KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid

KUALA LUMPUR: Pusat MyBIM yang dijadikan sebagai tempat rujukan dan latihan berteknologi bagi industri pembinaan negara, dijadualkan beroperasi pada Mei ini.

Pusat latihan sehenti bagi pelaksanaan Model Bangunan Bermaklumat (BIM) itu membabitkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid, berkata pusat berkenaan diwujudkan bagi meningkatkan keupayaan dan pertumbuhan sektor pembinaan di negara ini.

"Pusat berkenaan yang terletak di Menara Sunway berada di peringkat akhir pembinaan dan akan siap sepenuhnya bulan depan.

"Ia akan mula beroperasi Mei ini dan diharap dapat berperanan ke arah menggalakkan penggunaan BIM secara menyeluruh dalam sektor pembinaan di negara ini," katanya pada taklimat media MyBIM di sini, hari ini.

Beliau berkata, MyBIM bukan sekadar tempat rujukan tetapi juga menyediakan latihan serta bimbingan mengenai BIM.

Info:

- Kelebihan penggunaan BIM dapat menjimatkan kos dan masa pembinaan.

- MyBIM turut menyediakan kemudahan perkhidmatan perisian BIM dengan mengenakan kadar bayaran berpatutan.

Berita Harian X