Rabu, 8 March 2017 | 11:36pm

TN50 perlu generasi miliki kekuatan dalaman seimbang

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, pagi tadi. - Foto ihsan bomba

SERI ISKANDAR: Malaysia perlu memiliki generasi yang mempunyai jati diri kuat dan identiti yang jelas walaupun negara mencapai tahap teknologi tinggi pada tahun 2050.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia boleh dicapai jika generasi muda hari ini memiliki kekuatan dalaman seimbang menerusi penguasaan agama, ilmu, sains dan teknologi yang kukuh.

"Kita mahukan generasi yang percaya Malaysia akan mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang," katanya pada Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) peringkat negeri Perak di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar di sini, malam ini.

Program itu dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Khairy berkata, semua aspirasi yang dikemukakan oleh generasi muda hari ini akan menjadi dokumen TN50 yang dijangka dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tahun depan.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada generasi muda, bukan sahaja dalam siri jelajah TN50 yang memasuki siri keempat, tetapi juga melalui media sosial.

"Semua aspirasi ini akan dikumpul mengikut keutamaan dan akan diteliti oleh pakar sebelum didokumentasikan," katanya.

Zambry pula berkata, dialog seperti itu menonjolkan nilai baharu yang ada dalam jiwa anak muda iaitu keyakinan diri untuk bertanyakan soalan, berinteraksi dan memberikan pendapat, sekali gus yakin generasi berpemikiran bijaksana, kekuatan rohani hebat dan fizikal perkasa seperti itu diimpikan untuk TN50.

Katanya, Malaysia juga mungkin boleh mencontohi Jepun yang terkenal dengan kehebatan teknologi tetapi masih mengekalkan warisan adat budaya turun temurun.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X