Jumaat, 10 March 2017 | 7:34am

Zuckerberg, Chan bakal timang cahaya mata kedua


Mark Zuckerberg memeluk isterinya di Priscilla Chan di Facebook pada Rabu, dirakam Annie Leibovitz.

SAN FRANCISCO: Pengasas Facebook Inc, Mark Zuckerberg dan isteri, Priscilla Chan, semalam mengumumkan bahawa mereka bakal menimbang cahaya mata kedua, seorang perempuan tidak lagi.

Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Zuckerberg di Facebook, iaitu rangkaian media sosial terbesar di dunia.

Pasangan itu dikatakan tidak yakin untuk menimang seorang lagi cahaya mata berikutan berdepan masalah ketika proses kehamilan anak pertama mereka yang lahir pada 2015.

"Saya tidak tahu hadiah yang paling baik, selain memberinya seorang adik dan saya gembira kerana Max serta anak kami yang bakal lahir mempunyai satu sama lain," kata Zuckerberg yang membesar bersama tiga orang lagi adik-beradik.

Anak pertama mereka, Max, menjadi tumpuan dunia tahun lalu, selepas Zuckerberg memuat naik gambarnya ketika sedang mengambil suntikan imunisasi, sekali gus mencetuskan perdebatan di Facebook berhubung pengambilan vaksin.

Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama saham Facebook mencecah AS$138.57 (RM616.80), yang meningkatkan jangkaan pertumbuhan dalam pasaran yang lebih bebas.

Majalah Forbes melaporkan Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$57.8 bilion (RM257.2 bilion), walaupun pada 2015 beliau berjanji untuk menyumbangkan 99 peratus saham miliknya dalam Facebook kepada projek khas yang menumpukan kepada potensi dan kesaksamaan manusia. - REUTERS

513 dibaca
Berita Harian X