Isnin, 13 March 2017 | 12:42pm
TUNKU Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz menerima cenderahati daripada Stephen Lusk sempena Majlis Pecah Tanah Kilang Tambahan Kilang Coca-Cola Malaysia, Bandar Enstek, Nilai. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Coca-Cola tambah pelaburan RM500j

MOHD Fadli (kanan) bangga dinobatkan juara.

BANDAR ENSTEK: Pengeluar minuman terkemuka dunia, Coca-Cola, menerusi Coca-Cola Malaysia menambah pelaburan sebanyak RM500 juta, untuk membesar dan meningkatkan pengeluaran kilang di sini.

Pembesaran kilang di tanah seluas empat hektar bersebelahan kilang sedia ada seluas 12 hektar, bermula awal tahun ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola Bottling Investment Group Singapura-Malaysia-Brunei, Stephen Lusk, berkata pelaburan tambahan itu membolehkan syarikat meningkatkan pengeluaran.

Selain itu katanya, kilang yang menjadi hab pengeluaran produk halal bagi pasaran negara ini, Singapura dan Brunei, dapat mempelbagaikan produk sedia ada.

"Proses pembesaran kilang ini selaras dengan usaha kami untuk memenuhi keperluan pengguna dengan menawarkan pelbagai pilihan produk yang inovatif dan berkualiti," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah dan pengumuman pelaburan tambahan di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Lusk berkata, kilang baharu itu akan menempatkan gudang dengan teknologi terkini yang dilengkapi ruang penyimpanan berautomasi dan sistem pencarian, selain dilengkapi panel suria, ciri penjimatan air sekali gus mengurangkan penggunaan elektrik.

"Proses pengeluaran produk minuman kami akan menggunakan perkakasan dengan reka bentuk moden dan terkini, bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah terbaik dan tidak memberikan kesan kepada alam sekitar," katanya.

Berita Harian X