Isnin, 13 March 2017 | 5:11pm

Bangladesh perlu dibantu selesai isu pelarian Rohingya

SYED Hamid di Diskusi Meja Bulat Krisis Rohingya di UIAM, Gombak, sebentar tadi.

GOMBAK: Penyelesaian isu pelarian Rohingya di wilayah Rakhine (Arakan) di barat Myanmar, juga bergantung kepada situasi di Bangladesh, kata bekas Duta Khas OIC Ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, ini kerana jiran Myanmar itu menghadapi kekangan kewangan serta sumber dan perlu dibantu masyarakat dunia untuk menangani isu pelarian etnik Rohingya.

"Kita perlu cari penyelesaian dan bantu Bangladesh," katanya pada Diskusi Meja Bulat Krisis Rohingya: Inisiatif Semasa OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan Peranan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia yang juga Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin.

Diskusi meja bulat itu bertujuan membincangkan, menganalisis dan memberi fokus kepada keputusan sidang OIC dan peranan ummah untuk membantu menyelesaikan isu pelarian Rohingya di Rakhine.

Lebih 70,000 pelarian Rohingya dari Maungdaw, Myanmar melarikan diri ke Bangladesh susulan insiden pembantaian tentera di Rakhine, sejak Oktober tahun lalu.

DISKUSI Meja Bulat Krisis Rohingya: Inisiatif Semasa OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan Peranan Ummah di UIAM Gombak.

Berita Harian X