Selasa, 14 March 2017 | 10:27am

200 hilang rumah kampung terbakar

KOTA KINABALU: Kira-kira 45 rumah di Kampung Muhibbah, Likas, dekat sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi mengakibatkan lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal.

Kebakaran bermula jam 7.55 pagi itu turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 56 melecur pada bahagian badan dan kepala.

Api dipercayai bermula dari sebuah rumah di penempatan atas air berkenaan sebelum merebak cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Sabah, Moilley Milin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dan Lintas, selain dibantu Pasukan Bomba Sukarela Kampung Cenderamata.

Katanya, anggota bomba tiba di lokasi pada jam 8.10 pagi dengan api dapat dikawal pada jam 8.50 pagi.

"Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan 30 rumah lain di kampung berkenaan daripada turut musnah dalam kebakaran itu.

"Seorang mangsa lelaki melecur dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk rawatan kecemasan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Beliau berkata, punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

 ANGGOTA bomba memadamkan sisa api kebakaran yang berlaku di Kampung Muhibbah, Likas, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin
ANGGOTA bomba memadamkan sisa api kebakaran yang berlaku di Kampung Muhibbah, Likas, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin
ANGGOTA bomba membawa mangsa, Abdul Kahar Ukung Nurin, 56, untuk mendapatkan rawatan setelah melecur pada bahagian kepala dan badan pada kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Muhibbah, Likas, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X