Selasa, 14 March 2017 | 1:48pm
NAHAS membabitkan empat kenderaan di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dari Permatang Pauh menghala Kepala Batas, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
NAHAS membabitkan empat kenderaan di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dari Permatang Pauh menghala Kepala Batas, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
MANGSA yang memandu kereta PERODUA Kelisa meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto ihsan pembaca
MANGSA yang memandu kereta PERODUA Kelisa meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto ihsan pembaca
KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dari Permatang Pauh menghala Kepala Batas, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dari Permatang Pauh menghala Kepala Batas, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca

Satu maut kemalangan 4 kenderaan

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut, manakala seorang cedera, dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dari Permatang Pauh menghala Kepala Batas, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang memandu kereta PERODUA Kelisa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Kereta yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenis PROTON Gen 2 yang dipercayai dipandu melawan arus. Pemandunya cedera.

Kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta jenis PROTON Preve dan sebuah van pekerja.

Pemandu kedua-dua kenderaan itu tidak cedera.

Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kematian.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X