Rabu, 15 March 2017 | 10:08pm

6 termasuk 4 pengebom nekad maut di Nigeria

PARAMEDIK dilihat melalui tinggalan letupan selepas empat pengebom berani mati wanita meletupkan diri berhampiran stesen bas di Maiduguri, timur laut Nigeria. - Foto AFP

MAIDUGURI: Sekurang-kurangnya enam maut apabila empat remaja perempuan yang juga pengebom nekad meletupkan diri di sini.

Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional berkata, letupan awal pagi hari ini berlaku di ibu negeri Bono mengorbankan empat pengebom nekad dan dua orang awam.

Kejadian berkenaan turut mencederakan 16 mangsa lain.

Menurut kenyataan rasmi, letupan berlaku berhampiran Muna Garage yang sering menjadi sasaran militan Boko Haram sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Serangan bom membabitkan penyerang nekad terdiri daripada kalangan remaja perempuan adalah strategi utama militan itu sejak beberapa tahun lalu.

Lebih 200 remaja perempuan maut dalam kejadian seumpama itu di timur laut Nigeria.

Pemberontakan militan Boko Haram sejak tujuh tahun lalu meragut lebih 20,000 nyawa dan mencetuskan krisis kemanusiaan besar-besaran di rantau ini. - AP

Berita Harian X