Selasa, 30 Disember 2014 | 2:06pm
ZAINAL Ariffin, 64, memeriksa bumbung rumahnya yang rosak akibat kejadian ribut yang melanda malam tadi di Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau. - Foto BERNAMA
ZAINAL Ariffin, 64, memeriksa bumbung rumahnya yang rosak akibat kejadian ribut yang melanda malam tadi di Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau. - Foto BERNAMA

500 rumah rosak dipukul ribut di Pulau Pinang

BALIK PULAU: Kira-kira 500 rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda sekitar daerah ini, malam tadi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Shah Headan Ayoob Shah, berkata antara kawasan yang terbabit ialah Permatang Pasir, Sungai Rusa, Kuala Jalan Baru dan Sungai Pinang.

Beliau berkata, setakat malam tadi, kira-kira 80 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, di sini, selepas rumah mereka rosak teruk dipukul angin kencang.

"Kita akan mengadakan perbincangan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) negeri dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mengklasifikasikan dan menilai jumlah kerosakan yang dialami oleh penduduk," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X