Sabtu, 18 March 2017 | 12:37am

Naluri ibu jadi penyelamat

BUKIT BERUNTUNG: "Saya tak ikut pergi memancing sebab ibu selalu pesan jangan jangan pergi memancing di sungai".

Muhamad Asyraf Razaly

Pesanan itu terngiang-ngiang di telinga Muhamad Asyraf Razaly, 12, ketika menolak ajakan rakannya, yang kemudian ditemui lemas oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu kerana dihanyut kepala air ketika memancing, petang tadi.

Ketika disapa wartawan BH, Muhamad Asyraf yang kelihatan masih terkejut dengan kejadian itu berkata, dia terdengar semua lapan rakannya berbincang mengenai hasrat untuk memancing di sungai dekat Kampung Timah SKC, sebelum waktu persekolahan berakhir, tengah hari tadi.

"Lepas itu, Ijat (Shahrizat) ajak 'join' memancing, tapi saya kata tak boleh sebab kena pergi sekolah agama.

"Sebenarnya, saya tak ikut mereka sebab ibu sudah berkali-lari larang pergi memancing di sungai kerana risau," katanya ketika ditemui di khemah Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X