Sabtu, 18 March 2017 | 6:26pm
Gambar hiasan.

Pintas peluru berpandu pemberontak Yaman

RIYADH: Pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan puak pemberontak Yaman, awal pagi tadi.

Gabungan pasukan keselamatan diketuai Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, peluru berpandu itu disasarkan kepada pejabat syarikat minyak terkemuka Arab Saudi, Aramco yang terletak di bandar Jizan.

Pasukan itu berkata, peluru berpandu itu berjaya dipintas tanpa mendatangkan sebarang kematian atau kerosakan.

Sementara itu tentera Yaman berkata, jumlah kematian akibat serangan pemberontak ke atas kem tentera di wilayah Marib meningkat kepada 32 orang manakala 81 lagi disahkan cedera.

Wilayah Marib yang terletak berhampiran sempadan Arab Saudi sebahagian besarnya berjaya dikuasai semula oleh tentera kerajaan.

Sumber tentera memberitahu, serangan puak pemberontak ke atas Kem Kofel di daerah Sarwah itu dilakukan menggunakan beberapa pelancar roket dan mengenai sebuah masjid yang sesak dengan anggota tentera sedang menunaikan solat Jumaat. - AFP

50 dibaca
Berita Harian X