Ahad, 19 March 2017 | 7:33am

Al-Sisi bakal lawat Trump awal April


Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Washington dalam minggu pertama April depan, atas undangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lapor akhbar tempatan Al-Ahram, hari ini.

Lawatan Sisi ke AS adalah julung kali selepas beliau dipilih menjadi presiden pada 2014. Bekas Presiden AS Barack Obama tidak pernah mengundang beliau ke negara itu.

Sisi dipilih setahun selepas mengetuai pasukan yang menggulingkan tentera Presiden Ikhwan Muslimin, Mohamed Mursi ketika bantahan besar-besaran.

Trump pernah menjemput Sisi pada Januari lalu, namun tarikh jemputan tidak diumumkan.

Reuters.

108 dibaca
Berita Harian X