Ahad, 19 March 2017 | 3:30pm

PAS Permatang Pauh usul putus hubungan dengan PKR


OMAR (duduk tengah) bersama ahli jawatankuasa bahagian PAS Permatang Pauh menyatakan pendirian memutuskan kerjasama politik dengan PKR pada sidang media di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan Permatang Pauh mencadangkan parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui usul yang dibuat di Mesyuarat Tahunan PAS Ke-40 kawasan itu, hari ini.

Usul itu sekali gus mengesahkan PAS akan kembali bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan, berkata keputusan berkenaan diambil selepas Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail didakwa tidak menghormati PAS apabila terus bekerjasama dengan DAP untuk menyerang PAS.

"Malah, Wan Azizah juga bersikap berdolak-dalik apabila memperkatakan mengenai pindaan Akta 355 (RUU 355).

"Bagi kami, PKR jelas mengutamakan politik berbanding kepentingan Islam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

65 dibaca
Berita Harian X