Isnin, 20 March 2017 | 2:31pm

Rumah urut jadi sarang maksiat

ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Noda di Kuching antara Jumaat hingga semalam. - Foto Ihsan Polis

KUCHING: Polis menahan 26 individu termasuk 22 wanita warga asing dalam lima serbuan rumah urut di sekitar Kuching dan Padawan mulai Jumaat lalu hingga Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Dev Kumar, berkata tiga daripada serbuan anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dijalankan di bandar raya ini manakala dua lagi di Padawan iaitu di MJC Batu Kawa.

Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat premis rumah itu turut menawarkan perkhidmatan seks.

"Kita mengenal pasti premis terbabit sebagai sarang pelacuran yang menggunakan nama pusat refleksologi sebagai samaran.

"Daripada 26 orang yang ditahan, empat adalah lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis manakala 22 lagi wanita warga asing dengan 10 daripadanya adalah warga China, lapan warga Vietnam dan empat Filipina.

"Beberapa barangan berkaitan kegiatan seks turut dirampas dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Imigresen dan Ordinan Hiburan," katanya.

Berita Harian X