Jumaat, 24 March 2017 | 5:41pm

19 sekeluarga sedondon serbu LIMA'17


ROSHDI Hashim, 55 (berdiri, dua dari kanan) bersama ahli keluarganya bergambar kenangan ketika tiba di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri untuk menyaksikan LIMA'17 yang dibuka kepada awam, hari ini. - Foto Hamzah Osman

LANGKAWI: Sekumpulan 19 sekeluarga mencuri tumpuan ketika Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA'17) hari ini apabila tampil dengan kemeja-T sendondon.

Dengan kemeja masing-masing tertera tulisan 'HAVE A HAPPY FAMILY VACATION MARCH 2017 PULAU LANGKAWI', keluarga membabitkan 13 dewasa dan enam kanak-kanak berusia antara 2 hingga 55 tahun itu antara pengunjung terawal yang berkumpul di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, untuk memasuki venue penganjuran pameran itu.

Ketua rombongan, Roshdi Hashim, 55, berkata mereka sekeluarga tidak pernah terlepas peluang menyaksikan LIMA sejak edisi ke-12 dan untuk tahun ini, mereka melakukan persiapan sejak setahun lalu.

"Cucu saya seramai enam orang paling teruja untuk melihat aksi jet pejuang mengadakan pertunjukan udara... jadi hari ini tertunailah hasrat mereka," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Roshdi berkata, dia dan keluarga bercuti di pulau ini selama empat hari dan bercadang pulang Ahad ini.

Difahamkan, keluarga berkenaan sanggup melalui perjalanan jauh dari Jengka, Pahang semata-mata untuk menyaksikan LIMA'17 sambil bercuti di pulau pelancongan ini.

26 dibaca
Berita Harian X