X
Jumaat, 24 March 2017 | 11:27pm
Azharina azhar dan anaknya, King Rahman
Azharina azhar dan anaknya, King Rahman
Azharina azhar dan anaknya, King Rahman
Azharina azhar dan anaknya, King Rahman

Azharina terpaksa tidur dalam kereta

Azharina azhar dan anaknya, King Rahman
Azharina azhar dan anaknya, King Rahman

KUALA LUMPUR: Menjelang persembahan beliau di Hard Rock Cafe, di sini Ahad ini, Azharina Azhar mengaku berdepan satu insiden agak melucukan.

Disebabkan terlalu kepenatan dan tidak cukup rehat kerana komited menjayakan latihan sebelum berlangsungnya 'showcase' berkenaan, penyanyi itu terpaksa tidur dalam kereta.

Insiden itu dialami juara Gegar Vaganza musim ketiga itu, baru-baru ini.

"Memang saya terlalu penat dan tak cukup rehat sehingga terpaksa tidur di dalam kereta di kawasan parkir rumah. Ketika itu, saya baru pulang dari studio selepas membuat latihan, kira-kira jam 2.30 pagi.

"Pembantu rumah saya pula nyenyak tidur dan pintu rumah yang dikunci tidak dapat dibuka. Saya cuba menghubunginya berkali-kali, tetapi tak berjaya. Orang gaji dan anak saya tidur di dalam rumah dan saya pula kena tidur dalam kereta.

"Apabila dikenang semula, nak marah pun iya, ...nak tergelak pun ada. Apapun, nak tak nak terpaksalah berdepan situasi sebegitu," ungkap penyanyi Elegi Sepi itu.

Ditanya mengenai pengalaman kali pertama bakal beraksi di premis hiburan popular di ibu kota, Azharina yang mesra di sapa Nina mengakui amat teruja.

"Ia satu penghormatan buat saya untuk terus mengembangkan bakat dan menghiburkan peminat.

"Kejutan pada persembahan itu pula pasti ada daripada pelbagai segi. Saya yakin jangkaan orang itu terlalu tinggi. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik.

"Saya harap peminat dan penggemar Azharina Azhar yang akan datang Ahad ini akan terhibur dan berpuas hati," kata artis kelahiran Sabah itu.

Azharina bakal mempersembahkan 14 lagu pada pertunjukan itu nanti.

"Empat daripada lagu itu akan saya sampaikan secara medley. Lagu yang saya nyanyikan juga adalah atas permintaan peminat, termasuk yang mula menyokong saya pada Gegar Vaganza.

"Ada juga lagu yang saya tak pernah nyanyikan bakal dipersembahkan Ahad ini," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X