Sabtu, 25 March 2017 | 1:18pm

Israel abai resolusi PBB isu bina penempatan

WAKIL Asia Barat badan dunia itu, Nickolay Mladenov. - Foto Reuters
WAKIL Asia Barat badan dunia itu, Nickolay Mladenov. - Foto Reuters

NEW YORK: Israel didapati tidak mengendahkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menuntut negara itu menghentikan pembinaan penempatan di wilayah Palestin.

Wakil Asia Barat badan dunia itu, Nickolay Mladenov, dalam laporan pertamanya sejak resolusi itu dilaksanakan berkata, tiada tindakan diambil walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan pada 23 Disember lalu menuntut segala pembinaan penempatan dihentikan.

"Peningkatan pembinaan penempatan haram oleh Israel amat membimbangkan," katanya.

Januari lalu, Israel membuat lima pengumuman mengenai pembinaan 6,000 kediaman di wilayah jajahannya di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

Pentadbiran Trump sebelum ini turut mengutuk resolusi PBB itu. - AFP

Berita Harian X