Selasa, 28 March 2017 | 11:34am

Taufan Debbie melanda timur laut Australia

TAUFAN Debbie mula merentasi pesisir pantai Queensland. - Foto AFP
TAUFAN Debbie mula merentasi pesisir pantai Queensland. - Foto AFP

AYR, Australia: Taufan Debbie mula melanda timur laut Australia hari ini, membawa bersama hujan dan angin kencang ke wilayah itu yang menyebabkan bekalan elektrik terputus dan pokok tumbang ketika beberapa bandar tempatan terpaksa ditutup.

Taufan kategori empat pada skala lima itu mula merentasi pesisir pantai Queensland, membawa bersama angin pemusnah sehingga 270 kilometer, kata Biro Kaji Cuaca.

Sebelum ini timbul kebimbangan tiupan angin kencang itu bertembung dengan air pasang pada sebelah pagi yang mungkin akan menyebabkan banjir, tetapi tiupan angin menjadi lemah sebelum tiba di pesisir pantai di antara pekan Bowen dan Pantai Airlie. - AFP

Berita Harian X