Selasa, 28 March 2017 | 1:28pm

Bursa Malaysia akhiri sesi pagi tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi tinggi, disokong oleh peningkatan dalam saham mewah terpilih dan kaunter bermodal kecil, sejajar dengan pasaran serantau lain.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.69 mata kepada 1,749.64, berbanding penutup semalam, 1,744.95.

Indeks itu bergerak antara 1,748.72 dan 1,756.27 sepanjang sesi pagi selepas dibuka 5.65 mata lebih tinggi kepada 1,750.60.

Dalam pasaran yang meluas, kaunter untung mengatasi rugi 404 berbanding 314 dengan 418 kaunter tidak berubah, 585 tidak didagangkan dan 25 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 1.73 bilion saham bernilai RM953.66 juta.

Hong Leong Investment Bank berkata, pelabur pasaran tempatan melihat peluang untuk mengambil untung selepas rali yang baik minggu lalu.

"Indeks FBM KLCI dijangka berada di paras sokongan 1,730-1,740 berikutan pelabur mengambil strategi tunggu dan lihat dalam tempoh terdekat," katanya dalam nota penyelidikannya.

Petronas Chemicals yang meningkat lapan sen kepada RM7.66 adalah penyumbang utama kepada indeks komposit, diikuti oleh Genting yang naik 1.5 sen kepada RM9.65.

Dalam kalangan saham mewah, Maybank susut satu sen kepada RM8.96, TNB dan Public Bank naik dua sen kepada RM13.72 dan RM19.94, sementara Sime Darby jatuh enam sen kepada RM9.39.

Dalam kalangan kaunter aktif, Dataprep Holdings meningkat 6.5 sen kepada 61.5 sen, Scomi Group menokok dua sen kepada 20 sen, sementara Naim Indah tidak berubah pada paras 12 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 32.85 mata kepada 12,384.09, Indeks FBMT100 naik 31.51 mata kepada 12,040.29 dan Indeks FBM Emas Syariah Index 22.39 mata lebih tinggi kepada 12,801.34.

Indeks FBM 70 melonjak 34.99 mata kepada 14,469.37 dan Indeks FBM Ace meningkat 32.26 mata kepada 5,719.97.

Dari segi sektor, Indeks Perindustrian naik 6.70 mata kepada 3,288.58 dan Indeks Kewangan melonjak 43.29 mata kepada 15,696.70.

Namun begitu, Indeks Perladangan jatuh 0.31 mata kepada 8,191.29. - BERNAMA

Berita Harian X