Rabu, 29 March 2017 | 11:58am

Sultan Selangor rasmi KPJ Rawang

 

RAWANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Pakar KPJ Rawang di sini, sebentar tadi.

Baginda turut menandatangani plak hospital berkenaan sebagai simbolik perasmian majlis.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama, Pengerusi KPJ Heathcare Berhad, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Terdahulu, Kamaruzzaman dalam ucapannya berkata, keberangkatan Sultan Selangor ke majlis berkenaan besar maknanya bagi kakitangan KPJ.

"Ia menyemarakkan azam dan iltizam perunding perubatan dan kakitangan KPJ Rawang untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.

 

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Pakar KPJ Rawang, sebentar tadi. - Foto Saddam Yusoff

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan kepada pesakit pada majlis perasmian Hospital Pakar KPJ Rawang, sebentar tadi. - Foto Saddam Yusoff
Berita Harian X