Rabu, 29 March 2017 | 2:58pm

Harris Baba kongsi gambar puteri tersayang

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua bulan dilahirkan, penyanyi berasal dari Singapura, Harris Baba akhirnya berkongsi gambar puteri kesayangan, Aleena Ziya Khawaja melalui laman Instagram.

Aleena yang lahir pada 10 Februari lalu adalah lambang cinta Harris bersama isterinya, Nik Naziha Zawawi.

"Akhirnya dapat saya memuat naik gambar Aleena yang dilahirkan pada 10 Februari lalu secara normal.

"Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan doa baik untuk saya dan keluarga ketika lahirnya puteri sulung kami ini," katanya dalam keterangan gambar yang mengiringi perkongsian itu.

Harris memberitahu, saat bergelar bapa menjadi fasa indah dalam hidupnya.

"Ia satu pengalaman baharu dan indah buat saya. Peningkatan usia dan tahun 2017 nampaknya memberi kemanisan berpanjangan," katanya yang genap 25 tahun pada 8 Disember lalu.

Jejaka kacak yang diberi jolokan Zayn Malik Malaysia itu pernah berganding dengan penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura dalam pertandingan Duo Star terbitan Astro.

Berita Harian X