Khamis, 30 March 2017 | 2:33pm

Warga asing ada 678,305 saman tertunggak

PENGARAH Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman , Senior Asisten Komisional, Datuk Mahamad Akhir Darus (kiri) bersama anggotanya memeriksa pelbagai kenderaan warganegara asing dalam Operasi Saman Tertunggak Warga Asing VI (OSTWA VI) di sekatan jalan raya Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Rantau Panjang. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

RANTAU PANJANG: Sejumlah 678,305 saman tertunggak dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan trafik (JSPT) kepada pemandu warga asing sejak 1999.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mahamad Akhir Darus, berkata ia membabitkan pemandu dari empat negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.

"Kita menjalankan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA V) bermula hari ini hingga Sabtu ini di Tumpat, Tanah Merah dan Pasir Mas.

"Sejumlah 33,855 daripada keseluruhan saman tertunggak adalah warga Thailand ketika berada di negara ini dengan 3,758 melakukan kesalahan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 1999.

"Operasi bertujuan memberi kesedaran kepada pesalah trafik warga asing menyelesaikan saman tertunggak sebelum meninggalkan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Sekatan Jalan Raya (SJR) Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Cabang Empat Salam di sini, hari ini.

Sementara itu, Mahamad Akhir berkata, peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini berpunca daripada kecuaian dan sikap pengguna sendiri.

"Pemandu tidak mematuhi undang-undang ditetapkan dan mengambil mudah keselamatan jalan raya.

"Pertambahan pemandu baharu juga menjadi faktor penyumbang kemalangan kerana kekurangan pengalaman ketika di jalan raya," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X