Jumaat, 31 March 2017 | 6:08am
ANGGOTA polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, membuat siasatan ke atas mayat seorang penjenayah yang ditembak mati oleh polis di Taman D'Sri Gayang, Tuaran. - Foto Mohd Adam Arinin

Suspek penjenayah ditembak mati

TUARAN: Polis menembak mati seorang lelaki suspek penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Taman Sri Gayang, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek berusia 40-an terbabit dikatakan melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang melakukan serbuan di sebuah rumah taman berkenaan.

Berikutan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan balas lalu mengenai suspek yang disahkan mati di tempat kejadian.

Difahamkan, suspek dikehendaki kerana terbabit dalam beberapa kes jenayah berat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dijangka mengadakan sidang media hari ini.

202 dibaca
Berita Harian X