Jumaat, 31 March 2017 | 3:01pm

MRT laluan SSP kini siap lima peratus


PENGARAH Projek MRT Laluan SSP, Datuk Amiruddin Ma'aris. - Foto Saddam Yusoff

KUALA LUMPUR: Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang bagi laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP) kini siap lima peratus.

Pengarah Projek MRT laluan SSP, Datuk Amiruddin Ma'aris, berkata peratusan kemajuan projek yang membabitkan 37 stesen itu mengikut jadual pembinaan laluan.

"Pembinaan bagi laluan SSP berjalan seperti yang dirancang. Kerja pembinaan sudah bermula bagi kedua-dua jajaran bertingkat utara dan selatan, jajaran bawah tanah dan depoh. 


PENGARAH Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), Datuk Amiruddin Ma'aris (lima dari kanan) bersama Timbalan Pengarah Projeknya, Maslan Othman (tiga dari kiri) meninjau tapak projek MRT ketika taklimat media berkenaan 'Klang Valley MRT Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP) Line' anjuran Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) di Future Kepong Baru MRT.

"Keseluruhan kerja pembinaan ini bermula pada bulan September 2016 dan ini adalah salah satu pencapaian baik yang dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat media di tapak projek stesen MRT Kampung Baru, di sini, hari ini. 

Amiruddin berkata, antara kerja yang sedang dijalankan bagi bahagian bertingkat adalah penempatan semula utiliti, pembersihan tapak, kerja cerucuk gerek, tukup cerucuk dan pembinaan tiang.

Berita Harian X