Jumaat, 31 March 2017 | 5:43pm

Taufan Debbie: Mayat wanita ditemui

MAYAT seorang wanita ditemui, hari ini dan 10,000 orang dipindahkan dari bandar di dua negeri di Australia akibat hujan lebat berterusan susulan Taufan Debbie. - Foto AFP
MAYAT seorang wanita ditemui, hari ini dan 10,000 orang dipindahkan dari bandar di dua negeri di Australia akibat hujan lebat berterusan susulan Taufan Debbie. - Foto AFP

BEENLEIGH: Mayat seorang wanita ditemui, hari ini dan 10,000 orang dipindahkan dari bandar di dua negeri di Australia akibat hujan lebat berterusan susulan Taufan Debbie.

Polis New South Wales berkata, wanita itu dilaporkan hilang dalam banjir berhampiran Murwillumbah di selatan sempadan Queensland akibat Taufan Debbie.

Taufan Debbie kategori empat melanda timur laut Australia pada Selasa lalu, di antara Bowen dan Airlie Beach di negeri Queensland.

Ia menyebabkan pokok tumbang dan bot yang dipukul arus deras tercampak di kawasan pantai, selain pelbagai kerosakan harta benda lain.

Siklon itu dilaporkan kini semakin reda kepada tahap tropika rendah, namun terus membawa sejumlah hujan lebat di sepanjang laluan ke Pantai Timur New South Wales, di selatan Queensland dan Sydney. - AFP

Berita Harian X