Jumaat, 31 March 2017 | 9:48pm

Nabila sah milik Sharnaaz

PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, pelakon Sharnaaz Ahmad sah bergelar suami kepada kakak aktres dan pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor di sebuah hotel di sini, sebentar tadi.

Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Damansara Perdana, Syamsul Firdaus Mohd Supri Al-Hafiz pada jam 9.15 malam.

Pada majlis itu, Sharnaaz, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 kepada Nabila, 33. Pengantin lelaki juga memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Seperti yang dipersetujui sejak awal, pasangan itu sepakat tidak mendedahkan jumlah wang hantaran.

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, lusa, manakala majlis bertandang pula menyusul pada 8 April depan di Pulau Pinang.

Seminggu selepas majlis resepsi di Pulau Pinang, pasangan mempelai akan berangkat ke Itali untuk berbulan madu.


SHARNAAZ menyarungkan cincin ke jari Nabila pada majlis pernikahan mereka di Petaling Jaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Berita Harian X