Jumaat, 31 March 2017 | 9:50pm
ANAK tiri Datuk Siti Nurhaliza, asyraf khalid menimang cahaya mata sulung petang tadi. -Foto ihsan instagram asyrafkhalid

Asyraf, Tya namakan anak Arif Jiwa

DATUK Siti Nurhaliza dan keluarga menerima cucu hari ini. - Foto ihsan instagram ctdk

KUALA LUMPUR: Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin dikurniakan anak lelaki pada jam 4.33 petang tadi.

Bayi comel diberi nama Arif Jiwa itu dilahirkan secara normal di Hospital Ampang Puteri, Ampang.

Berita gembira itu dikongsi Asyraf pada laman Instagram.

"Selamat datang ke dunia Arif. Kamu pasti akan melalui hidup yang menakjubkan. Terima kasih Tuhan atas keajaiban ini," luahnya.

Melalui perkongsian itu, Asyraf memberitahu, nama Arif Jiwa adalah simbolik.

"Nama Arif diambil daripada nama bapa isteri saya, Arifin. Nama Jiwa pula diambil daripada nama arwah datuk saya.

"Apabila menyebut nama arwah datuk, selalunya saya akan ingat perkara yang baik. Arwah sangat pemurah dan dia suka menggembirakan orang lain," katanya.

Asyraf mengaku kehadiran Arif adalah permulaan baharu dalam hidupnya dan isteri.

Asyraf dan Tya yang juga pelakon Indonesia, berkahwin pada November 2015.

Berita Harian X