Ahad, 2 April 2017 | 10:28am

Pilihan raya Ecuador tentukan nasib Assange


PENGASAS WikiLeaks, Julian Assange. - Foto Reuters

QUITO: Rakyat Ecuador mengundi dalam pusingan akhir pilihan raya Presiden negara itu, hari ini selepas sedekad berada di bawah pimpinan dasar ekonomi radikal, Rafael Correa.

Undian itu bakal menentukan sama ada negara itu akan turut serta beralih kepada pemerintah berhaluan kanan, sejajar dengan banyak negara di Amerika Latin.

Pilihan raya itu juga akan menentukan nasib pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang berada di kedutaan negara terbabit di London, sejak 2012.

Correa menjadi Presiden ketika lonjakan ekonomi negara pengeluar minyak Amerika Selatan itu, tetapi kini sudah jatuh meleset.

Pengundi Ecuador terbahagi di antara meneruskan dasar lama atau melakukan perubahan yang menjadikan undian itu sengit.

Pilihan raya pusingan itu membabitkan pertembungan waris Presiden Sosialis, Lenin Moreno dengan bekas ahli perbankan konservatif, Guillermo Lasso.

AFP

39 dibaca
Berita Harian X