Ahad, 2 April 2017 | 12:36pm

Koperal ditahan peras ugut bakal tentera


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun. - Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman

PORT DICKSON: Seorang koperal Kor Polis Tentera Diraja ditahan pagi semalam, kerana dipercayai terbabit dalam kejadian memeras ugut 24 calon perajurit muda di Mambau dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata suspek yang bertugas di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, ditahan di rumahnya pada jam 3.30 pagi.

"Kita menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan dan satu tangkapan sudah dibuat semalam. Polis akan menahan beberapa lagi suspek dalam masa terdekat, " katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.15 petang kelmarin, 24 calon perajurit muda yang baru tiba di stesen kereta api Seremban dibawa menaiki sebuah van oleh seorang lelaki berpakaian tentera untuk dihantar ke PUSASDA Port Dickson.

Bagaimanapun, semua mangsa kemudian dipercayai diugut supaya menyerahkan wang dan telefon bimbit sebelum /ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Jalan Pantai di sini.

Berita Harian X