Isnin, 3 April 2017 | 9:00pm

Zahid hadir perasmian tilawah kebangsaan

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) disambut peserta tilawah ketika hadir pada majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad

AYER KEROH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H/2017M di Dewan Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.

Timbalan Perdana Menteri diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Berita Harian X