Selasa, 4 April 2017 | 1:57pm

Sabah umum 24 April hari kelepasan am


SETIAUSAHA Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman. - Foto Izhari Ariffin

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan 24 April ini sebagai hari kelepasan am seluruh negeri, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, berkata ia selaras keputusan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, yang dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan.

"Keputusan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah pada 22 Mac 2017," katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, meminta kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing untuk mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15.

38 dibaca
Berita Harian X