Selasa, 4 April 2017 | 1:58pm

Sarawak cuti 24 April


KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan 24 April ini sebagai hari kelepasan am seluruh negeri ini.

Pejabat Ketua Menteri, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan langkah itu selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang mengisytiharkan hari berkenaan sebagai cuti umum sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, semalam mengarahkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing untuk mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am.

39 dibaca
Berita Harian X