Jumaat, 7 April 2017 | 12:26pm

Mitsubishi Triton 2017 diperkasa dengan jaminan terbaik


KETUA Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Mitsubishi Motors Malaysia, Ilham Helmi (kanan) dan Malaysia Motorsports Athlete, Leona Chin ketika pelancaran rasmi dipertingkatkan Mitsubishi Triton di Mid Valley Megamall. - Foto Saddam YUSOFF

KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia melancarkan Mitsubishi Triton 2017 yang dipertingkat dengan ciri keselamatan dan premium memberikan lebih nilai kepada pembeli.

Sebanyak enam varian ditawarkan bermula serendah RM77,390 bagi Triton Quest MT (4x2); sehinggalah kepada harga RM130,900 untuk Triton VGT Adventure X AT (4x4).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tomoyuki Shinnishi, berkata produk CBU itu menjadi satu-satunya trak pikap yang dilengkapi dengan jaminan 200,000 kilometer (km) atau lima tahun bagi kategori 2.4L ke atas.

Katanya, menerusi pelancaran baharu itu, syarikat menyasarkan dapat meluaskan penguasaan pasaran Mitsubishi dalam segmen itu kepada 15 peratus tahun ini berbanding 13 peratus tahun lalu.

"Syarikat berharap tawaran lengkap Triton baharu itu dengan jaminan seperti ini dapat melonjakkan jualannya antara 6,000 hingga 7,000 unit Triton baharu tahun ini," katanya kepada media selepas pelancarannya di sini, hari ini.

58 dibaca
Berita Harian X