Ahad, 9 April 2017 | 8:11pm
ORANG ramai berkumpul berhampiran sebuah gereja di Iskandariah yang meletup ketika perhimpunan sempena sambutan Palm Sunday. - Foto AFP

Satu lagi gereja di Mesir kena bom, 6 mati

KEADAAN di dalam gereja Mar Girgis selepas letupan di Tanta, hari ini. - Foto EPA

KAHERAH: Sekurang-kurangnya enam mati selepas letupan dalam gereja di Iskandariah, beberapa jam selepas pengeboman dalam sebuah lagi gereja Koptik di bandar Tanta, utara kota ini yang menyebabkan 26 terbunuh.

Kementerian Kesihatan berkata, enam terbunuh dan 33 cedera dalam letupan di Gereja Saint Mark, Iskandariah, bandar raya kedua terbesar di Mesir.

Gereja Koptik Mesir berkata, Pope Tawadros II turut hadir ke perhimpunan sempena sambutan Palm Sunday di situ.

Dalam kejadian terdahulu di sebuah gereja di Tanta, utara Kaherah, lebih 26 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu serangan yang dipercayai menyasarkan penganut Koptik. - AFP

Berita Harian X