Ahad, 9 April 2017 | 9:19pm

Letupan gereja Iskandariah angkara pengebom nekad


11 terbunuh selepas seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di sebuah gereja di Iskandariah.- Foto EPA

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh selepas seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di sebuah gereja di Iskandariah, kata Kementerian Dalam Negeri Mesir.

Pengebom cuba menyerbu masuk ke gereja ketika Ketua Gereja Koptik, Pope Tawadros II sedang berucap sempena sambutan Palm Sunday tetapi meletupkan dirinya sebaik dihalang polis, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Seorang pegawai Gereja Koptik berkata, Tawadros sudah meninggalkan gereja sebelum letupan. - AFP

Berita Harian X