Khamis, 13 April 2017 | 8:51am

Kompleks Mahkamah Sepang jadi tumpuan lagi

SEPANG: Kompleks Mahkamah Sepang di sini, pagi ini sekali lagi menjadi tumpuan pengamal media yang berkampung bagi mengikuti perkembangan pertuduhan kes pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Pemberita dan jurugambar serta juru video tempatan dan asing antaranya Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China dan Singapura mula berkumpul di luar kompleks mahkamah seawal jam 6 pagi.

Tepat jam 8 pagi, dua tertuduh wanita tiba di kompleks mahkamah dengan diiringi anggota polis dan pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

Kedua-dua tertuduh dilihat memakai jaket kalis peluru sebagai langkah keselamatan.

16 dibaca
PETUGAS media tiba di hadapan Mahkamah Majistret Sepang, untuk kes dua warga asing yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Jong-nam.
Berita Harian X