X
Khamis, 13 April 2017 | 3:24pm

Media Prima, Rumah Karya Citra buka 'mart'

PELANCARAN kedai barangan, Mak Cun Mart di Ukay Perdana, hari ini. - Foto ihsan FB TV3 Malaysia
PELANCARAN kedai barangan, Mak Cun Mart di Ukay Perdana, hari ini. - Foto ihsan FB TV3 Malaysia

PETALING JAYA: Media Prima Bhd (MPB), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia bekerjasama dengan Rumah Karya Citra Production bagi pembukaan kedai barangan, Mak Cun Mart di Ukay Perdana.

Mart itu menjadi platform kepada pengguna mendapatkan produk Mak Cun serta mempromosi produk tempatan terutama hasil keluaran usahawan kecil dan sederhana (PKS).

Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima, Airin Zainul, berkata jenama Mok Cun yang sangat dikenali menerusi drama bersiri dan teater muzikal dilihat mempunyai potensi perniagaan yang boleh dikembangkan.

PENGARAH tonton, Pelesenan dan Pembarangan Media Prima, Airin Zainul. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
PENGARAH tonton, Pelesenan dan Pembarangan Media Prima, Airin Zainul. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

"Pengukuhan jenama itu kini diperluaskan menerusi pelancaran mart yang bakal menjadi hab kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka.

"Mak Cun adalah satu fenomena negara dan menerusi drama, telefilem dan teater muzikalnya, kami yakin Mak Cun Mart bakal menempa kejayaan sama," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Mak Cun Mart di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Rumah Karya Citra yang juga sutradara, Fatimah Rahmat atau lebih dikenali Erma Fatima.

Info:

- Mak Cun Mart mula dibuka pada Mei ini.

- Pembelian produk jenama Mak Cun kini boleh didapati menerusi pembelian atas talian menerusi laman web www.makcunmart.com.my

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X