Khamis, 13 April 2017 | 6:42pm

Beberapa kawasan di Johor Bahru di landa banjir kilat

HUJAN lebat sejak petang tadi menyebabkan Kampung Maju Jaya, Seelong dekat sini dilanda banjir kilat. Foto ihsan APM Daerah Johor Bahru
HUJAN lebat sejak petang tadi menyebabkan Kampung Maju Jaya, Seelong dekat sini dilanda banjir kilat. Foto ihsan APM Daerah Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Hujan lebat lebih sejam sejak kira-kira jam 3.30 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan penempatan di sini dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Kapten (PA) Mohd Aziz Jupri, berkata antara kawasan yang terbabit ialah Kampung Maju Jaya, Kampung Bunga Ros, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Paya Kenangan.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Johor Bahru memaklumkan hujan lebat secara berterusan dengan taburan hujan yang banyak antara punca berlaku banjir kilat.

"Bagaimanapun, air mula surut di semua kawasan terbabit sejak jam 5.30 petang tadi.

"Difahamkan, kejadian banjir kilat di Kampung Maju Jaya adalah disebabkan sistem perparitan yang tersumbat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Aziz berkata tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X